Wednesday, 24 August 2016

Hidup Takde Fon

Tak ingat dah berapa hari, tapi hampir sebulan kalau tak silap, aku hidup seharian tanpa handphone.
Macam mana rasanya? Semua okay tak?

Bila takde fon ni, lebih quality time dengan family, adik-adik, sebab tak online sangat.
Kalo on9 pun bila ada hal atau nak wasap apa2 perkara penting kat sesiapa. Selain dari tu, jarang la.. nak borak2 pun malas, sebab nak kena ngadap laptop en. leceh je :P

Kalau ada fon, bila lepak2 ngan family, dapat notification je mesti terus baca. Masa tu mesti ada yang tegur, rasa terpinggir je bila tak laya. noty tu macam gangguan kat dorang.huhu
Tapi, bila takde fon ni, memang berkumpullah ratusan noty kat group2 yang ada.
Cuma yang kurangnya, bila ada apa2 makluman penting, aku mesti ketingggalan. orang cerita pagi, aku baca petang atau malam.huu

Bila nak beli fon ni??
Entah. Duit ada je tapi banyak lagi benda lain nak kena setelkan.
Sabar ye mira, ada rezki nanti tu, :)


Sunday, 21 August 2016

Lagu fav. :')

Tadi tengok konsert ella kat tv2.. wehuuu~~ Lagu semua nostalgia zaman aku kecik2.Antara lagu fav.
Layar impian :)
Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan...
Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian

Saturday, 20 August 2016

Sebab

Sebab ia satu anugerah
Sebab ia keajaiban
Sebab ia sukar didapatkan
Sebab ia jalan yang mematangkan
Sebab ia memberi satu rasa ketenangan
Sebab ia menyempurnakan

Sebab ia adalah <3

Thursday, 18 August 2016

Pengalaman praktikal 1 :)

Bersawang sudah...
Dah nak habis praktikal baru ada rasa nak bercerita . wehuuu~

Secara keseluruhan boleh dikatakan, ini antara pengalaman yang paling bermakna dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar ipt. Praktikal di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor, dimana secara tak langsung berada di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Emm.. nak cerita dari mana ea?

Mula-mula dulu, seperti biasa, masalah besar aku adalah susah nak berinteraksi dengan orang yang baru kenal. Masa awal tu, tuhan je tahu betapa segannya aku nak buka mulut. Nak menangis rasa. Hati tu nak je berkawan, tapi tak retiii...
Bila difikirkan balik, takkan lah aku nak habiskan 2 bulan kat sini sia2? Takde kawan baru.. senyap je dr pagi sampai petang. Kemurungan ke apa?haha
Memang aku gagahkan jugakkk aiyakkk!!! aku pecahkan tembok tu. Aku redah. Alhamdulillah, hari-hariku ke ofis dengan rasa gembira dan bersemangat :D

Aku ditempatkan di pejabat Ketua Hakim Syarie Selangor, tingkat 6.
Dalam tu cuma ada 10 orang termasuk Dato'. huu.. serius lah aku mula2 awkward sesangat, kat ofis tu dah la tak ramai. Majoriti pegawai tinggi2 lak tu. Alhamdulillah, semua baik je, takde pun yang sombong. Hari2 makan sama2, kadang-kadang Dato' join sekali. Merasa lah duduk makan dengan orang beso-beso. hehe...

Bidangkerja aku pula, bantu Kak Yantie untuk siapkan fail2 kes Rayuan. Sambil2 buka fail tu, aku suka baca isinya, namanya "alasan penghakiman". Kat situ, ada semua fakta kes, dari A - Z cerita apa yang jadi, bagaimana hakim membuat keputusan, apa rujukan2 yang digunakan. Antara kes rayuan yang familiar, Permohonan Keluar Islam. Kes yang ni, kebanyakkan yang aku baca, mesti dia seorang muallaf, yang masuk islam sebab nak berkahwin dengan orang islam. Kemudian bila dia ditinggalkan atau ada masalah rumahtangga, dia pun nak berpaling dari islam, sebab pasangannya dah takde dengan dia. Hmm.. betullah dalam hadis nabi, kama Qol~

“Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya dan sesungguhnya tiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah krn Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa berhijrah karena dunia yg ia cari atau wanita yg hendak dinikahinya maka ia akan mendapati apa yang ia tuju"

Mereka dapat islam, tapi mereka tak dapat iman dan hidayah. :( takutnya...

Kes2 lain banyak lagi, macam hadhanah, hibah, harta sepencarian... Rayuan ni dibuat bilamana perayu tidak berpuas hati dengan keputusan hakim di MTS atau MRS. Kiranya, dalam mahkamah Rayuan ni, jalan akhir dan keputusannya adalah muktamad.


Bila dah berada dalam bahagian ni, baru faham pasal undang-undang. Masa belajar kat kelas punyalah pening.huhuu.. best sesangat dapat sesuatu yang baru :)

Selain dari tu, aku ada juga giliran bertugas di kaunter am. Kat sini boleh tanya semua la, apa-apa yang berkaitan dengan kes2 selepas berlaku penceraian. Sebab ini MTS kan, bidang kuasanya dalam kes2 selepas penceraian macam tuntutan harta sepencarian, tuntutan hadhanah, tuntutan mut'ah, nafkah anak-anak. Bila diperhatikan terlalu bermacam jenis manusia dapat dilihat disini. Aku tak berapa berminat untuk bercerita atau update status tentang kisah kepincangan rumah tangga orang, pertamanya, sebab memang tak baik kan, nak dihebahkan aib orang buat apa?. kedua, sebab nasib aku belum tahu lagi, entah kahwin atau tidak, dengan siapa, dan pasti ke bahagia? memang kita doakan yang baik-baik, cumanya jangan ghairah sangat nak bercerita pasal orang ye.
Bagi aku, cukuplah aku ambil pengajaran, dan kongsikan beberapa point :

1. Lelaki/perempuan, kedua-duanya perlu tahu dan faham apa hak selepas berlaku penceraian. Penganiayaan itu berlaku pada yang tak tahu hak masing-masing. Pada aku, tuntutlah semua yang boleh dituntut. Ini bukan soal "malas nak gaduh" atau apa. Hak kita, kita kena tegakkan, sebab ini kehidupan dalam era globalisasi dan gst. :P Bukan dalam cerita bawang putih bawang merah, cinderella atau novel andai itu takdirnya. Bijaklah dalam menuntut hak. Mengalah pada tempat yang betul. 

2. Sabar, jangan cepat melenting dalam mana-mana situasi. Mungkin ada masanya kita tertekan dan agak emosi. Tapi cubalah. Cuba untuk kawal bila berhadapan dengan orang yang tak ada kena mengena dengan masalah hidup anda. Di mahkamah, kami bekerja, membantu urusan anda dan ramaiii lagi client yang memerlukan bantuan. Jangan fikir anda seorang je bermasalah dan orang lain semua kena faham anda. Be professional la. Berhenti menyalahkan, kata "mana-mana jabatan agama semuanya lembab la" hasihhh.. sabo je la, bila orang tak faham kerja kita kan? Orang macam ni, dia tak tahu apa bidangkerja kami, tup2 nak cop orang je. 

Banyak lagi nak share rasanya. Cukup dulu setakat ni, nanti la sambung. Banyak keje lain lagi cih yah oii :P

#bersambunggg


Sunday, 14 August 2016

Bina Empayar

Apa-apa yang dalam proses pembinaan mesti ambil masa.
Berhadapan dengan pelbagai cabaran. Risiko dari segala arah akan wujud.
Apa yang kita kena buat?
Terus usaha, jangan berhenti.

Sabar. perkataan ni boleh digunapakai dalam apa jua situasi.
Selalu aku ingatkan diri sendiri, sabar mira.

Pembinaan empayar aku masih dalam fasa permulaan.
Robbi yassirly >.<

Friday, 12 August 2016

Luahan lama simpan


Tiba masanya untuk maju setapak demi setapak ke depan.
Sudah-sudahlah berbalah hal-hal yang tidak sepatutnya timbul isu.
Berhentilah bertelagah dengan perkara khilaf, sebab banyak lagi masalah baru perlu pada kajian dan penyelesaian.
Berfikirlah dengan serius untuk segala perkara penting demi kelangsungan hidup.
Kejarlah tanpa ragu untuk sesuatu yang kita mahu.
Jaga diri dan keluarga, secara tak langsung akan menyumbang kepada masyarakat.
Jangan berangan untuk memperoleh kejayaan dalam perkara besar kalau benda kecil pun kita melayan emosi tak sudah sampai jatuh tersembam ke tanah.

Banyak yang tependam. Aku tak pandai bercakap panjang lebar untuk luahkan semuanya. Tapi setakat ini, itulah 'point'nya.

Wednesday, 10 August 2016

#mythesis

Sebagaimana didalam perancangan bagi 2 bulan cuti ni, waktu siang untuk ke ofis, malam study untuk research, menulis thesis. Alhamdulillah, perancangan itu berjalan.

Setakat ni, masih belum menulis, masa dipenuhi dengan membaca artikel sebanyaknya. Dr kata, petua untuk menulis, adalah banyakkan membaca.

Tajuk mira berkaitan dengan harta pusaka, faraid. Untuk permulaan ni, lagi banyak membaca, lagi banyak persoalan yang ingin digali. Seronok, sebab mira minat bab ni. Kalau momentum ni dikekalkan, In Shaa Allah boleh hasilkan penulisan yang baik.

p/s : Setiap hari motivate diri sendiri..  heheh

Sunday, 7 August 2016

Tak lama dah

Semuanya tak lama dah, sikit je lagi masa yang ada untuk perbaiki diri dari semua sudut, untuk menjadi siapa yang kita nak jadi bila dah habis belajar nanti.

Pernah tak dengar soalan, "siapa kamu 10 tahun akan datang?"
Simpan jawapan tu dalam hati.
Genggam erat jawapan itu dan janji dengan diri sendiri, yang kita akan bergerak dari sekarang untuk capai target itu.

Jangan sekadar angan-angan, kerana nasib kita takkan diubah melainkan kita usaha sendiri.

"Kalau dalam 100 orang, hanya 10 orang yang berjaya, aku adalah antara yang 10 itu.
Kalau dalam 10 orang, hanya seorang yang berjaya, maka akulah seorang itu"
_suntikan semangat untuk diri sendiri, jangan mengalah

"Stalker?"

Kehidupan zaman sekarang ni, macam wujud dua dunia.
Satu dunia sebenar, satu lagi dunia maya.

Dalam dunia sebenar, kita dikelilingi oleh orang yang punyai pertalian dengan kita, yang kita perlu, dan sentiasa berurusan atau mempunyai komitmen dengannya.
Dalam dunia maya? penuh dengan "teman" yang tak tahu dari mana asalnya.
Rasa tertarik untuk membahaskan tentang kenalan didunia maya. 
Dalam dunia maya ni, daripada kita tak mengenali langsung seseorang tu, kita dapat kutip sebanyak mungkin maklumat tentangnya. Mudah akses senang kata. Sebenarnya, ada seseorang yang aku sendiri tak pasti dari mana dia datang, dan sekarang aku tahu semua latar belakang dia, tanpa melihat post dia sendiri. hahaha Amacam? ada gaya detektif tak?
Semua persoalan kini terjawab. *sigh

Nak pesan ni, 
Satu je, hati-hatilah. 
Manusia macam-macam kan? 
Kadang-kadang rasa pelik, kenapa menyembunyikan status diri sendiri dan dalam masa yang sama "memancing". it's creepy~ tau tak.
Apa tujuan dia?

Aku tak pernah lagi serajin ni nak stalk orang, tapi memandangkan terlalu banyak tanda tanya, terpaksa la. terpaksa kayy..

Maka dengan ini, siasatan selesai ;)

Saturday, 6 August 2016

99 cahaya

Filem Bulan terbelah dilangit Amerika telah mengheret aku untuk menonton filem sebelumnya, iaitu 99 Cahaya di langit Europa.

Filem terbaik setakat ini bagiku.

Sebuah kisah yang menceritakan perjalanan kehidupan sepasang suami isteri di Vienna, Austria, iaitu Rangga dan Hanum. Rangga yang sedang menjalani kuliah untuk PhD, ditemani isteri yang tercinta disana. Hanum yang pada mulanya teruja dengan keindahan dinegara orang, mulai merasa bosan setelah 3 bulan berlalu. Disaat itu, Hanum mula mencari sesuatu untuk mengisi masa lapangnya, dan akhirnya mengikuti kursus bahasa jerman. Disitulah, kisah pengembaraan Hanum bermula.

Hanum yang sepi tanpa teman (selain suaminya) akhirnya bertemu dengan Fatma Pasha, satu-satunya seorang muslim turut mengikuti kursus tersebut. Fatma dan anaknya Aisya, bukan sekadar teman, malah insan yang memberi inspirasi kepada Hanum untuk lebih mengenali sejarah islam, dan mencintai kedamaian islam.

Didalam kisah ini, aku turut sama teruja menghayati sejarah kegemilangan islam di Eropah suatu ketika dahulu. Tak semena-mena turut merasai bagaimana sukarnya survival hidup di negara yang minoriti muslim. Teruja melihat kesabaran Rangga, Hanum dan Fatma melawan kekerasan dengan kelembutan bagi menyampaikan masej sebenar bahawasanya islam itu syumul.

Subhanallah..
Filem ini memberikan aku sebuah inspirasi untuk menjadi agen islam yang baik, in shaa allah. Perjuangan belum selesai. Hanya dengan iman, akal dan mata pena untuk memastikan cita-cita itu berhasil.

Mungkinkah pengembaraanku akan bermula, di Makkah? Siapa tahu?